Pantai Merdeka (35 min)
Jika anda ingin menikmati keindahan pantai yang indah sepanjang 1 km, pastikan anda berkunjung ke Pantai Merdeka. Pantai ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti mandi, berkelah, bersantai, ski dan macam-macam lagi.
Tg. Dawai (35 min)
Tanjung
Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani, Kedah
Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan
laut . Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani,
ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di
muara sungai. Nikmati suasana kampung nelayan disini.
Tamadun
di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad
Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan
aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China,
Asia Barat dan India. Jangan lepaskan peluang untuk melihat peninggalan
sejarah yang berharga!
Hutan Lipur Rekreasi Tupah (20 min)
Nikmati
keindahan alam di Hutan Lipur Rekreasi Tupah. Kedinginan dan kesegaran
air terjun yang mengalir sudah pasti menyeronokkan percutian anda di
sini.
Cinta Sayang Carnival Waterpark (7 min)
Untuk
kepuasan maksima, pastikan anda mengunjungi Cinta Sayang Carnival
Waterpark. Jika anda pernah ke Sunway Lagoon, sudah pasti anda ingin
mencubanya. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Sesuai untuk anda
sekeluarga.
Gunung
Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang
terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan
daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Jerai
menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi.
Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan
hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Lata Tok Sedim, Kulim (30 min)
Jika
anda inginkan suasana yang lebih harmoni dengan alam sekitar, kunjungi
Lata Tok Sedim di Kulim, Kedah. Disana juga terdapat air sunga yang
mengalir sesuai untuk aktiviti mandi dan berkelah.
No comments:
Post a Comment